REFLEKSI MAKRO 1
Tarikh:
|
10 April 2018
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelas:
|
4 Ibnu Batutta
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Matapelajaran:
|
Kesusasteraan Melayu
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hasil Pembelajaran:
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ABM/bahan sumber yang digunakan:
|
Mengimbau kembali proses pengajaran dan
pembelajaran makro 1 yang pernah dijalankan oleh saya, saya telah menggunakan
beberapa alat bantu mengajar atau juga sumber-sumber semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di kelas 4 Ibnu Batutta. Saya telah memulakan pengajaran dan
pembelajaran saya menggunakan alat bantu mengajar kerana untuk mewujudkan
kesedian belajar murid-murid dalam kelas tersebut dan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Pada set induksi saya telah
menggunakan video yang telah dimuat turun daripada aplikasi youtube. Video
tersebut ialah berdurasi selama dua minit mengenai
seorang lelaki yang baru sahaja pulang dari luar negara dan memandang rendah
kepada infrastruktur, kenderaan dan orang Malaysia. Lelaki tersebut lebih
memandang tinggi negara luar walhal dia hanya pergi ke London selama 10 hari
sahaja. Tujuan penayangan video ini adalah untuk mewujudukan kesediaan
belajar murid dan juga elemen-elemen untuk dikaitkan dengan pembelajaran plot
pada hari tersebut. Saya melihat, semua murid memberi tumpuan fokus dan
penghayatan yang tinggi semasa tayangan video tersebut. Saya juga menggunakan
skrin layar, projektor, LCD dan juga jaringan internet untuk menayangkan
video tersebut. Sebagai contohnya:
Pada langkah satu pula, saya telah menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan definisi
plot. Bagi menayangkan slaid powerpoint
tersebut, saya menggunakan skrin layar, projektor dan juga LCD. Pada langkah
satu juga saya menggunakan kad manila “bumi
kita”. Murid telah diarahkan oleh saya dalam kumpulan untuk melekatkan
definisi plot pada kad manila “bumi
kita” tersebut. Bagi melekatkan definisi plot ini, saya telah menyediakan
pelekat dan juga sampul yang mengandungi definisi plot tersebut. Penggunaan
bahan ini adalah untuk merangsang dan juga menarik minat murid ketika
mempelajari definisi plot. Saya melihat kesemua murid 4 Ibnu Batutta seronok
dengan penggunaan bahan pengajaran seperti berikut. Sebagai contohnya:
Pada langkah dua, iaitu aktiviti “full remember” saya juga telah menggunakan slaid bagi memberikan
penerangan mengenai jenis plot. Untuk memaparkan slaid tersebut saya
menggunakan skrin layar, projektor dan juga LCD. Malahan saya juga
menggunakan soalan yang dibaca oleh saya dan murid perlu menjawab soalan
tersebut selama tiga minit sahaja. Hasil daripada pemerhatian saya, di dapati
hanya sekelompok kecil murid 4 Ibnu Batutta kurang memberikan tumpuan dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh saya kerana kemungkinan soalan yang
diberikan oleh saya tidak mengikut aras taksonomi bloom. Saya menggambil
langkah untuk mendekati mereka dan memberikan penerangan sekiranya mereka
tidak memahami.
Bagi langkah satu, dua dan tiga saya turut menyediakan
lembaran kerja sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran pada hari tersebut
dan juga untuk membuat penilaian bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran hari tersebut. Sebagai contohnya:
Lembaran kerja (Langkah 1)
NAMA :
TARIKH :
Nyatakan definisi plot secara tepat yang telah anda
pelajari.
Lembaran kerja (Langkah 2)
NAMA :
TARIKH :
Arahan:
Kemukakan jawapan ditempat yang disediakan
dengan betul.
Lembaran kerja (Langkah 3)
NAMA :
TARIKH :
Arahan : Cari perkataan tersembunyi yang
terdiri
daripada jenis plot
berdasarkan soalan di
bawah
SOALAN
1. Jalinan peristiwa
yang ditampilkan mengikut kronologi iaitu dari tahap awal, tahap tengah dan
tahap akhir. Alur ini digunakan untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada
pembaca.
2. Peristiwa
yang dimulai dengan penyelesaian. Kebiasaan alur ini digunakan untuk
meceritakan penceritaan masa lampau.
3. Alur
yang diawali dengan klimaks dari cerita dan melihat kepada masa lampau atau
masa lalu dan diakhirnya di sudahkan dengan penyelesaian.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana
strategi telah dilaksanakan):
|
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran makro satu yang pernah
saya lakukan, sewaktu berhadapan dengan murid di dalam kelas, saya mempunyai
pelbagai pilihan strategi yang boleh digunakan. Hal ini demikian kerana
terdapat pelbagai jenis murid dengan latar belakang yang berbeza-beza. Oleh
itu, saya mengambil inisiatif dengan menggunakan pelbagai strategi ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara strategi yang telah digunakan
oleh saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan guru,
berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan juga berpusatkan aktiviti.
Strategi berpusatkan guru ini lebih menekankan kepada
peranan guru sebagai faktor yang lebih penting dalam situasi pembelajaran.
Guru akan memainkan peranannya secara aktif dan perhatian murid tertumpu
kepadanya. Strategi ini pernah digunakan oleh saya pada set induksi, langkah
satu, langkah dua, dan juga penutup. Pada set induksi, saya yang bertindak
sebagai guru telah memulakan pengajarannya dengan menayangkan video untuk
menarik minat dan tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
plot. Murid telah memberikan tumpuan dengan sebaiknya ketika menonton video yang
telah ditayangkan oleh saya. Bagi langkah satu strategi berpusatkan guru yang
digunakan oleh saya ialah sebelum melakukan segala tugasan, saya telah
memberi arahan kepada murid cara-cara untuk melakukan tugasan tersebut dan
membuat penerangan definisi plot. Seterusnya, bagi langkah kedua strategi
berpusatkan guru ini saya memberi arahan untuk melakukan aktiviti full remember. Akhir sekali, saya
turut menggunakan strategi berpusatkan guru ini di dalam sesi penutup. Dalam
sesi penutup saya telah mengemukakan soalan untuk dijawab oleh murid mengenai
pembelajaran yan diperolehi pada hari tersebut.
Selain strategi berpusatkan guru, saya pernah
menggunakan strategi berpusatkan murid semasa proses pengajaran pembelajaran
pada makro 1.Strategi pengajaran yang berpusatkan murid ini ialah menekankan
lebih banyak peranan dan penglibatan murid dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Strategi berpusatkan murid yang pernah digunakan oleh saya
iaitu pada set induksi, langkah satu, langkah dua dan juga penutup. Strategi
ini dilihat pada set induksi apabila berlaku soal jawab antara guru dan murid
iaitu murid disoal oleh guru berkaitan dengan video tersebut. Pada langkah
satu, saya telah menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Hal
ini di mana, murid perlu membentuk kumpulan dan mereka perlu bekerjasama
dalam melakukan tugasan yang diberikan oleh saya iaitu . Murid mengambil
bahagian dan bekerja secara aktif. Dalam melakukan tugasan ini saya hanya
bertindak sebagai fasilitator sahaja. Pada langkah dua juga saya menggunakan
strategi ini. Murid dikehendaki aktif dalam melakukan setiap tugasan yang
diberikan oleh saya iaitu murid perlu peka dengan segala soalan yang
dibacakan oleh saya. Akhir sekali pada sesi penutup iaitu murid juga perlu
terlibat aktif dalam sesi soal jawab tentang pembelajaran yang diperolehi
pada hari tersebut. Saya menggunakan strategi ini dalam proses pengaran dan
pembelajaran saya kerana ia akan berkesan. Hal ini telah dipekatakan bahawa
dalam dunia pendidikan sekarang dalam proses pengajaran dan pembelajaran
strategi berpusatkan murid ialah 100%.
Mengimbau kembali pengajaran yang pernah dilakukan
oleh saya dalam pengajaran makro 1, saya menggunakan strategi berpusatkan
bahan. Seterusnya, saya juga telah menggunakan strategi pengajaran yang
berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan bahan ini ialah menekankan lebih
banyak kepada peranan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dalam sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun bahan tersebut mestilah dapat
membantu tugas-tugas guru dalam kelas atau membantu murid melaksanakan pembelajaran kendiri yang
berkesan. Saya telah menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan kepada
bahan iaitu pada set induksi. Saya
menggunakan video sebagai permulaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manakala bagi langkah satu pula saya menggunakan bahan seperti slaid powerpoint dan kad manila “bumi kita” dan juga definisi plot.
Bagi langkah kedua, ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
saya telah menggunakan slaid powerpoint
yang menerangkan jenis plot dan soalan-soalan yang berkaitan dengan jenis
plot dan juga lembaran kerja bagi setiap langkah. Saya mendapati murid 4 Ibnu
Batutta lebih kepada pembelajaran menggunakan bahan kerana menggunakan bahan
mampu menarik perhatian mereka.
Akhir sekali, saya juga telah menggunakan strategi
pengajaran berpusatkan aktiviti. Strategi pengajaran yang berpusatkan
aktiviti ialah guru perlu merancang aktiviti yang baik untuk dilaksanankan di
dalam bilik darjah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
saya telah melakukan pelbagai aktiviti iaitu aktiviti “bumi kita” berdasarkan aktiviti “team word web” dan juga aktiviti “full remember”. Dengan kepelbagaian strategi dalam semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat dan meningkatkan penguasaan
murid 4 Ibnu Batutta dalam sesuatu pembelajaran iaitu pembelajaran plot.
Malahan strategi-strategi yang telah digunakan oleh saya ini bertindak sebagai
alat penyalur ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Adakah hasil
pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan ABCD
iaitu, audien, behavior, condition,
degree. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya
melihat objektif pembelajaran saya tercapai dan juga tidak tercapai. Hal ini
dapat diketahui oleh saya kerana, pada langkah satu saya mendapati murid
dapat melengkapkan definisi plot pada kad manila “bumi kita” berdasarkan aktiviti “team word wed”. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, murid
diberikan penerangan secara terperinci oleh guru mengenai definisi plot bagi
memberikan kefahaman yang jelas kepada murid. Setelah penerangan itu dibuat,
murid berada didalam kumpulan untuk berbincang bagi melekatkan definisi yang
terabur didalam sampul definisi yang diberikan oleh saya pada kad manila “bumi kita”. Hasil dari penerangan
yang diberikan oleh saya, murid 4 Ibnu Batutta dapat melekatkan defnisi plot
pada kad manila “bumi kita” melalui
aktiviti “team word web”. Kerjasama
yang tinggi dalam kumpulan melalui “team
word web” untuk melekatkan definisi plot pada kad manila “bumi kita” menjadikan objektif satu
tercapai yang dilihat oleh saya.
Tidak semua semasa proses pengajaran dan pembelajaran
itu tercapai objektifnya. Hal ini dapat dilihat oleh saya bahawa objektif
pembelajaran yang kedua semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengenai
plot tidak tercapai. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti “full remember”, saya menyediakan
soalan dan juga lembaran kerja. Saya membaca soalan yang telah disediakan
kepada murid dan murid dikehendaki menjawab soalan itu pada lembaran kerja
yang telah diedarkan oleh saya. Masa yang diperuntukkan oleh saya kepada
murid 4 Ibnu Batutta untuk menjawab soalan tersebut ialah tiga minit. Hal ini
tidak tercapai kerana, tidak semua murid mempunyai tahap kognitif yang sama,
malah masa yang diperuntukkan oleh saya juga terlalu singkat mengakibatkan
murid sukar untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh saya. Oleh sebab
itu, objektif pembelajaran yang kedua semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mengenai plot tidak tercapai. Saya mestilah mencari inisiatif
yang terbaik supaya kedua-dua objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid
4 Ibnu Batutta.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Adakah murid
saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu?
Kalau tidak – mengapa?
|
Pembelajaran produktif atau aktif ialah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian akademik murid. Perkara ini
dapat dilihat pada murid 4 Ibnu Batutta. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran murid telah melibatkan diri secara produktif atau juga aktif.
Perkara ini dapat diketahui oleh saya kerana pada set induksi, saya telah
melakukan soal jawab mengenai video yang ditayangkan untuk merangsang
pembelajaran pada hari tersebut. Semasa soal jawab tersebut, murid memberikan
kerjasama yang baik iaitu murid menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh
guru.
Murid juga melibatkan diri secara produktif atau aktif
pada langkah satu iaitu melalui aktiviti “bumi
kita” berdasarkan aktiviti team
word web. Perkara ini dapat diketahui oleh saya iaitu semasa saya
mengarahkan murid untuk membentuk kumpulan, murid tersebut bergerak aktif
untuk berada dalam kumpulan bagi menjalankan aktiviti yang telah diarahkan
oleh saya. Setiap murid menunjukkan komitmen masing-masing walaupun berada
dalam kumpulan. Mereka produktif atau aktif juga kerana penggunaan bahan maujud
yang menarik. Hal ini dikatakan menarik kerana saya menciptanya bagi
menjelaskan definisi plot Semua murid memberikan kerjasama yang baik dalam
menentukan definisi yang sesuai untuk dilekatkan pada kad manila “bumi kita” tersebut.
Namun pada langkah kedua murid tidak melibatkan diri
secara produktif atau aktif. Ini kerana kemungkinan aktiviti yang dijalankan
oleh saya tidak menarik. Ia tidak menarik kerana pada langkah dua saya hanya
menggunakan lembaran kerja dan soalan sahaja walaupun menggunakan aktiviti “full remember”. Murid tidak
melibatkan diri secara produktif atau aktif juga kerana kemungkinan teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru terlalu tinggi dan juga penggunaan
lembaran kerja yang terlalu susah menyukarkan murid menyelesaikannya. Hal ini
berkemungkinan kerana penyampaian saya terhadap aktiviti pada langkah dua itu
tidak jelas menyebabkan murid keliru dalam melakukan tugasan yang diberikan.
Murid juga turut tidak melibatkan produktif atau aktif pada langkah ketiga
kerana pada langkah ketiga saya hanya menyediakan lembaran kerja.
Pada sesi penutup murid melibatkan diri secara
produktif dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Perkara ini dapat diketahui
oleh saya ialah ketika sesi soal jawab pada bahagian penutup murid memberikan
kerjasama yang baik. Murid menjawab segala perkara yang telah disoal dan
dikemukakan oleh saya.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Adakah saya
mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Seorang guru perlu membuat perancangan bagi proses pengajarannya.
Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberikan kesan yang positif
kepada pembelajaran murid. Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan
mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Semasa pengajaran saya
terhadap kelas 4 Ibnu Batutta, saya telah mengubah rancangan pengajaran
harian saya. Perkara ini dapat dilihat pada langkah dua, murid melengkapkan
lembaran kerja. Selepas murid melengkapkan lembaran kerja tersebut murid
sepatutnya menukarkan lembaran kerja itu sesamsa sendiri bagi tujuan perbincangan
untuk membuat pengukuhan. Namun disebabkan oleh kegagalan saya untuk memberi
arahan kepada murid bahawa membuat pertukaran lembaran kerja sesama ahli
kumpulan setelah tamat menjawab di dalam kalangan murid-murid, saya telah
mengubah rancangan pengajaran saya yang telah dirancang dalam rancangan
penjaran harian. Perubahan rancangan pengajaran harian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran saya disebabkan oleh saya tidak mengingati apa
yang telah dirancang.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah bantuan
tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?
|
Antara bantuan tambahan atau sumber-sumber lain yang dapat saya merpertingkatkan
pelajaran ini lagi ialah semasa mempelajari jenis plot saya ingin membuat penambahbaikan
dari segi teknik pengajaran, penggunaan bahan-bahan dan aktiviti supaya dapat
memberi kefahaman yang jelas kepada murid. Antara teknik pengajaran yang
ingin saya gunakan ialah KAS iaitu teknik kaji dan simpul. Seperti yang
diketahui menggunakan teknik pengajaran yang berkesan dan bervariasa akan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Bagi bahan pula, saya ingin menggunakan bahan yang
boleh meransang minda murid untuk mempelajari jenis plot. Hal ini demikian
kerana pada langkah satu saya telah menggunakan bahan untuk mempelajari
definisi plot. Murid kelihatan aktif mempelajari definisi plot dengan
menggunakan kad manila “bumi kita”. Penggunaan
bahan yang menarik lebih menarik perhatian dan tumpuan murid untuk
mempelajari sesuatu benda antaranya jenis plot.
Selain daripada teknik pengajaran dan juga bahan, saya
juga ingin melakukan aktiviti yang melibatkan murid secara produktif dan juga
aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pada
langkah pertama saya telah menggunakan aktiviti “team word web”. Melalui aktiviti ini saya melihat murid terlalu
produktif dan aktif dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru.
Aktiviti yang menjadikan murid melibatkan diri secara produktif atau aktif
ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
serta memberikan kefahaman yang jelas.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan
murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
|
Sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran
Kesusasteraan Melayu iaitu jenis plot sekali lagi untuk kumpulan murid yang
sama iaitu 4 Ibnu Batutta, saya akan menggunakan cara berbeza. Hal ini
demikian kerana, saya dapat meningkatkan pengetahuan dan juga kefahaman
murid. Malah murid juga akan mendapat pengalaman berlajar secara
berbeza-beza. Mendapat pengalaman yang berbeza ini kerana setiap murid
mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza.
Selain itu, saya juga dapat mengajar mereka dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Jika sebelum ini saya menggunakan
pendekatan analitik. Namun jika peluang untuk mengajar kumpulan pelajar yang
sama, saya akan menggunakan pendekatan mengalami dan menghayati. Pendekatan
mengalami dan menghayati ini memerlukan murid untuk berlakon. Melalui
berlakon ini murid dapat melibatkna diri secara produktif atau aktif.
Kemungkinan melalui ini juga akan menjadikan murid lebih menguasai jenis plot
tersebut dengan lebih jelas dan tepat. Malah saya juga akan menerapkan gaya
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran yang
akan digunakan ialah gaya pembelajaran kinestetik kerana ia bersesuai dengan
pendekatan mengalami dan menghayati.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah teori
pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas.
|
Antara teori pengajaran dan pembelajaran yang telah saya praktikan
dalam kelas saya ialah teori kognitif. Teori kognitif ini menekankan kepada proses mental dan
segala maklumat yang diterima akan diproses secara aktif untuk membentuk
inoformasi baru. Perkara ini boleh dilihat pada set induksi. Pada set induksi
saya telah melakukan aktiviti soal jawab iaitu menyoal murid mengenai
peristiwa yang murid lihat pada video yang ditayangkan oleh saya. Saya juga
menyoal murid 4 Ibnu Batutta berdasarkan pendapatnya mengenai wajar atau
ketidakwajaran perkara yang dilakukan dalam video tersebut. Penggunaan teori kognitif
ini, saya telah mengutarakan soalan daripada mudah kepada sukar mengikut aras
taksnomi bloom yang telah digariskan.
|
REFLEKSI MAKRO 2
Tarikh:
|
10 April 2018
|
||||||||||||||||||
Kelas:
|
4 Ibnu Batutta
|
||||||||||||||||||
Matapelajaran:
|
Kesusasteraan Melayu
|
||||||||||||||||||
Hasil Pembelajaran:
|
|
||||||||||||||||||
ABM/bahan sumber yang digunakan:
|
Mengimbau kembali proses pengajaran dan pembelajaran makro 2 yang
pernag dijalankan oleh saya, saya telah menggunakan beberapa alat bantu
mengajar atau juga sumber-sumber yang telah digunakan oleh saya semasa sei
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mengenai plot
di kelas 4 Ibnu Batutta tersebut ialah pada set induksi, langkah satu, langkah dua,
langkah tiga.
Pada set induksi, saya telah menggunakan video yang
telah dimuat turun melalui aplikasi youtube. Video yang ditayangkan kepada
murid kelas 4 Ibnu Batutta tersebut berdurasi selama dua minit mengenai
seorang lelaki yang mengimbau kenangannya ketika kecil yang tergamak menulis
surat kepada ayahnya kerana tidak tahan dengan upah sebanyak tiga ringgit
malah lelaki tersebut diejek oleh kawan-kawannya kerana upah tersebut. Melalui
tayangan video tersebut, saya melihat murid kelas tingkatan 4 Ibnu Batutta
memberikan tumpuan dan penghayatan yang tinggi terhadap video tersebut.
Tayangan video tersebut juga digunakan untuk mengaitkan topik pembelajaran
pada hari tersebut. Bagi menayangkan video, saya telah menggunakan skrin
layar, projektor dan juga LCD. Sebagai contohnya:
Pada langkah satu
pula , saya telah menggunakan slaid powerpoint
untuk menerangkan binaan plot. Untuk penayangan slaid powerpoint tersebut, saya menggunakan
skrin layar, projektor, dan LCD. Dalam langkah satu ini juga “puzzle pintar”. Murid telah diarahkan oleh saya untuk dalam
kumpulan untuk melekatkan “puzzle
pintar” pada peta alir yang disediakan oleh saya. Bagi melengkapkan kan
peta alir tersebut saya menyediakan pelekat dan juga sampul yang mengandungi “puzzle pintar”. Penggunaan bahan ini
adalah untuk merangsang dan juga menarik minat murid kelas tingkatan 4 Ibnu
Batutta ketika mempelajari binaan plot. Saya mendapati kesemua murid 4 Ibnu
Batutta seronok dengan penggunaan bahan pengajaran sepertik berikut. Namun
terdapat 4 orang pelajar yang tidak dapat menguasai aktiviti tersebut ketika
proses pengajaran dan pembelajaran definisi plot. Contoh bahan yang digunakan
seperti yang berikut:
NAMA :
TARIKH :
Arahan : Sila
lengkapkan teknik plot berdasarkan
peristiwa dalam drama Anna
dengan menggunakan puzzle pintar.
|
Dr Chan: Hai, saya tak
fikir begitu, Anna. Saya tahu Zaki. Dia memang sayangkan Anna. Hanya dia
menghadapai masalah mata ibunya. Dan usahanya mahu menebus tanahnya ynag
tergadai.
Anna: Saya harap mata
Mak Munah akan baik seperti sediakala. Saya harap kasih sayang anak dan ibu
ini tambah kuat. Tambah lagi dengan cucunya yang manis, Tina. Saya ini,
apalah dktor, mengharapkan sesuatu yang tak kunjung datang. Kadang-kadang
saya tak percaya Zaki sampai boleh lupakan saya.
|
Suara ghaib Thomas Carpentar: Engkau akan tahu nanti, mereka tak sama seperti kita. Aku kira
Zak lebih setia kepada ibunya daripa engkau sendiri. Engkau akan ke tepi.
Dmikianlah manusia Timur. Cintanya terhadap ibu dan saudaranya lebih
daipada manusia Barat. Kita hidup atas kekuatan sendiri-sendiri, tetapi
mereka bergotong-royong itulah falsafah hidupnya. Engkau akan tahu nanti,
sayang. Waktu itu engkau akan kehabisan air mata. Engkau tak akan sebulu
dengan mereka. Ibumu, ibumu sendiri menjadi korban kekejaman mereka sebab
bkahwin dengank. Ah, tak sampai hatiku melepaskan engkau pula ke tangannya!
Tetapi engkau sendiri berdgil. Apa yang dapat kubuat, sayang selain
melepaskan engkau dengan perasaan berat dan dukacita seorang ayah. tai,
biarlah, engka akan pulang juga kadaku, akhirnya….
Anna: (bercakap
sendirian): Ayah, ayah benar, ayah. Zaki lebih cintakan ibunya daripada
anakmu. Zaki tak sayangkan diriku lagi. Zaki lebih speti anak kecil yang
baru lahir, ayah. Dia di bawah takluk bunya. Anna seperti tak percaya ini
akan terjadi, ayah (menekup mukanya dengan telapak tangan). Maafkan Anna,
ayah.
|
Mak Munah: Jangan
pergi, Anna. Engkau tak sayangakan Tina? Ingat Tina, Anna. Dia perlukan
kasih sayangmu.
Anna: Taka pa, mak.
Mak jagalah Tina bersama-sama Zaki. Lupakan lah Anna. Biarlah Anna pergi.
Ini untuk kebaikan kita juga.
|
Zaki (memerhatiakan sekeliling dan nampak) : Anna!Anna!
Zaki: Nanti! Anna.
Anna: Bukankah sudah
ku kata antara kita…..
Zaki: Anna,
engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang, Anna. Cuba kau
dengar dulu. Dengar ni, Anna ?
|
Zaki: Ya, dia perlukan
banyak waktu. Ku harap dia akan tahu jga terhadap nilai kasih sayangku,
doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan pada
engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali.
Ibuku mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku,
anaknya kembali.
Dr Chan (dengan tenang): Ya, Zaki. Aku akan
cuba sedaya upayaku. Doakan saja. Semuanya dalam kuasa tuhan belaka.
Kuharap engkau akan bahagia bukan saja dengan ibumu. Dengan Tina tetapi
juga dengan Anna.
Zaki:
Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna belum dapat memahami aku doktor.
Dr Chan:
Saba, Zaki. Berikan dia waktu yang cukup. Kauhadapilah peristiwa ini dengan
tenang. Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia, bersama dengan ibumu dan
Tina
|
Seterusnya, bagi langkah tiga pula
saya menyediakan lembaran kerja sebagai pengukuhan terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran teknik plot pada hari tersebut. Malahan lembaran kerja ini
juga untuk membuat penilaian bagi menilai tahap penguasaan murid tingkatan 4
Ibnu Batutta. Sebagai contohnya:
NAMA :
TARIKH :
Arahan : Berdasarkan gambar dibawah,
lengkapkan binaan plot mengikut urutan yang betul.
NAMA :
TARIKH :
Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan |
Rajah 1
Berdasarkan
rajah 1, jelaskan teknik plot imbas muka, saspens dan kejutan berdasarkan
peristiwa yang terdapat dalam drama Anna
1. Teknik plot imbas muka
2. Teknik plot saspens
3. Teknik plot kejutan
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana
strategi telah dilaksanakan):
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran makro 2 yang pernah saya
lakukan, semasa berhadapan dengan murid di dalam kelas, saya mempunyai
pelbagai pilihan strategi yang boleh digunakan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh kurikulum baru adalah berpusatkan
pelajar. Namun saya menggunakan pelbagai strategi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran tentang plot iaitu binaan plot dan teknik plot. Hal ini demikian
kerana terdapat pelbagai jenis murid dengan latar belakang yang berbeza-beza.
Antara strategi yang digunakan saya ialah, berpusatkan guru, berpusatkan
murid, berpusatkan bahan dan juga berpusatkan aktiviti.
Pada permulaan iaitu set induksi,
saya telah menggunakan strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan guru
ini lebih menekankan kepada peranan guru sebagai faktor yang lebih penting
dalam situasi pembelajaran. Guru akan memainkan peranannya secara aktif dan
perhatian tertumpu kepadanya. Saya yang bertindak sebagai guru telah memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menayangkan video untuk menarik
minat dan tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran binaan plot
dan teknik plot. Jelas terhadap apa dilihat empat orang murid daripada 33
orang murid tingkatan 4 Ibnu Batutta tidak memberikan tumpuan semasa video
tersebut ditayangkan. Manakala murid lain memberikan tumpuan dengan baik. Empat
orang murid tersebut tidak memberikan tumpuan semasa tayangan video yang
ditayangkan kerana saya hanya memberi
focus kepada murid yang menonton video tersebut sahaja. Dalam set induksi ini
juga, saya juga menggunakan strategi berpusatkan murid iaitu murid perlu
aktif dalam sesi soal jawab yang dilakukan oleh saya mengenai video yang
telah ditayanagkan oleh saya. Pada set induksi juga penggunaan strategi
berpusatkan bahan oleh saya, iaitu sewaktu melakukan set induksi ini saya
telah menggunakan video sebagai ransangan minat murid untuk belajar pada hari
tersebut. Aktiviti yang dilakukan pada set induksi ialah aktiviti soal jawab.
Selain itu, mengimbau kembali
pengajaran dan pembelajaran dalam makro 2 yang pernah saya lakukan iaitu pada
langkah satu saya juga menggunakan keempat-empat strategi dalam pelaksanaan
langkah tersebut. Saya telah menggunakan strategi berpusatkan guru iaitu guru
memberi penerangan terlebih dahulu mengenai definisi dan jenis plot yang
telah dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan oleh murid untuk
melaksanakan tugasa yang diberikan. Selain itu, saya juga telah menggunakan
strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut, saya turut menggunakan strategi berpusatkan murid.
Murid perlu bergiat aktif dalam setiap tugasan yang diberikan oleh saya.
Murid perlu bergerak untuk membentuk kumpulan yang diminta. Malah murid pelu
bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan tugasan yang telah
diberikan oleh saya. Penglibatkan murid penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Strategi berpusatkan bahan dan aktiviti turut digunakan dalam
langkah ini oleh saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran makro
pengajaran 2. Bahan yang digunakan oleh saya ialah antaranya puzzle pintar,
peta alir dan juga lembaran kerja serta slaid berkenaan definisi plot dan
binaan plot serta lembaran kerja. Saya menggunakan bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menarik minat murid untuk
belajar. Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru
menggunakan BBM dalam P&P dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan
kepada guru itu sendiri. Ia disokong oleh Noordin dan Zainal Abiden (2010) bahawa
guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat
menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di
dalam P&P. Pelaksanaan strategi berpusatkan aktiviti turut laksanakan
oleh saya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Saya
mengarahkan murid membentuk kumpulan dan melaksanakan aktviti secara
berkumpulan. Aktiviti yang dirancang oleh saya dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut ialah puzzle pintar melalui teknik RAMI. Saya melakukan
aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia memberikan
suasana pengajaran dan pembelajaran ceria.
Di samping itu, pada langkah dua
pula ialah saya pernah menggunakan strategi berpusatkan guru. Iaitu saya
memberi penerangan kepada murid untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan
oleh saya dan saya juga memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai teknik
plot kepada murid supaya murid dapat memahami dengan jelas. Mengimbau kembali
sesame makro pengajaran ini dijalankan, pada langkah dua juga saya telah
menggunakan strategi berpusatkan murid. Perkara ini boleh dilihat ketika
murid bergerak aktif membentuk kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan. Selain itu, saya juga telah melaksanakan strategi berpusatkan
bahan dan aktivitil. Saya telah menggunakan skrip daripada drama Anna dan
juga peta i-think iaitu peta buih. Selain menggunakan bahan tersebut untuk
memberikan kefahaman kepada murid, saya turut menggunakan slaid untuk
memberikan kefahaman yang lebih jelas sebelum melaksanakan aktiviti yang
telah dirancang oleh saya pada langkah dua. Strategi berpusatkan aktiviti
turut dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran makro 2. Saya telah
merancng aktiviti yang sesuai pada langkah dua. Aktiviti tersebut ialah
lakonan kita. Aktiviti ini perlu dilakonkan oleh wakil dari setiap kumpulan,
melalui lakonan ini murid perlu mengisi peta buih berganda yang telah
diedarkan. Saya melaksanakan aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya yakin ia memberikan
kesan yang baik dari segi pembelajaran murid.
Menerusi langkah tiga, saya telah menggunakan strategi berpusatkan
bahan sahaja. Saya telah menyediakan lembaran kerja mengenai pembelajaran
yang dijalankan. Penyediaan lembaran kerja ini untuk menguji tahap kefahaman
murid terhadap binaan plot dan teknik plot. Namun 4 daripada 33 orang masih
tidak mampu menguasai pembelajaran iaitu binaan dan teknik plot. Bagi sesi
penutup, saya pernah melaksanakan strategi berpusatkan guru dan murid. Iaitu
saya telah melakukan soal jawab dengan pembelajaran tersebut. Strategi
berpustakan aktiviti ketika sesi soal jawab ialah guru menyediakan soalan
yang diberikan kepada murid untuk
murid jawab. Strategi pengajaran penting dalam melaksana proses pengajaran
dan pembelajaran. Kepelbagaian strategi yang telah digunakan oleh saya
ini bertindak sebagai alat penyalur
ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan. Namun segala strategi yang
pernah digunakan oleh saya tidak memberikan respon yang baik kerana
kemungkinan saya perlu pertingkatkan lagi dari segi penggunaan strategi.
Adakah hasil
pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan ABCD
iaitu, audien, behavior, condition,
degree. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya
melihat objektif tidak tercapai. Hal ini dapat diketahui oleh saya kerana,
pada langkah satu saya mendapati 4 orang murid daripada 33 orang murid tidak
mampu menguasai objektif pembelajaran yang telah dibuat oleh saya. Pada
langkah satu saya menggunakan “puzzle
pintar”. “Puzzel pintar”
tersebut perlu dilekatkan pada peta alir melalui teknik Rami. Sebelum
aktiviti tersebut dilaksanakan, saya telah memberikan penerangan terlebih
dahulu kepada pelajar berkaitan definisi plot dan juga binaan plot. Akan
tetapi murid masih tidak dapat menguasai binaan plot kerana mereka keliru
dalam menentukan urutan binaan plot tersebut. Perkara ini menyebabkan
objektif satu tidak tercapai.
Pada langkah dua juga terdapat 4 orang murid daripada
33 orang murid tingkatan 4 Ibnu Batutta tidak mampu menguasai objektif pembelajaran
yang kedua. Hal ini demikian kerana, kemungkinan penjelasan yang diberikan
oleh saya keempat-empat murid tersebut tidak dapat memahami dengan jelas.
Selain itu, berkemungkinan juga setiap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
saya tidak menarik dan membosankan. Kemungkinan juga, lembaran kerja atau
tugasan yang diberikan oleh saya tidak mengikut aras taksnomi bloom iaitu
dari mudah kepada sukar. Pada langkah kedua ini saya menggunakan dialog
berdasakan drama Anna untuk dilakonkan dan melalui lakonan tersebut murid
perlu mengetahui teknik plot yang terdapat dalam lakonan tersebut. Perkara
ini kemungkinan menyukarkan murid untuk menentukan teknik plot yang
menyebabkan objektif kedua tidak tercapai. Keempat-empat murid dari kelas
tingkatan 4 Batutta tersebut akan dibuat kajian tindakan supaya mereka dapat
mencapai objektif pembelajaran.
Adakah murid
saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu?
Kalau tidak – mengapa?
Pembelajaran prosuktif atau aktif ialah satu kaedah
pembelajaran melalui pemerhatian dan pengalaman amat berkesan. Pembelajaran
aktif berlaku apabila pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (p&p). Secara umum, pedagogi pembelajaran
aktif adalah strategi pembelajaran yang berpusatkan pelajar, guru atau
pensyarah bertindak sebagai fasilitator. Murid kelas tingkatan 4 Ibnu Batutta
melibatkan diri secara produktif dan aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang pernah saya lakukan. Perkara ini dapat dilihat, semasa sesi
soal jawab pada set induksi murid 4 Ibnu Batutta menunjukkan semangat yang
tinggi untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh saya berdasarkan video
yang telah saya tayangkan.
Murid juga kelihatan produktif dan aktif
pada langkah satu. Hal ini telah diperhatikan oleh saya apabila saya
melakukan aktiviti puzzle pintae melalui teknik Rami. Murid pantas bergerak
untuk membentuk kumpulan apabila diarahkan oleh saya. Semasa murid berada
dalam kumpulan murid bergitu aktif dan saling bekerjasama untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh saya. Namun terdapat empat orang pelajar yang
tidak melibatkan diri secara aktif dan produktif dalam pembelajaran atau
dalam aktiviti yang telah dirancangkan oleh saya. Keempat orang murid
tersebut tidak begitu minat akan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hal ini
kemungkinan aktiviti yang dijalankan oleh saya terlalu ringkas serta
penerangan yang diberikan oleh saya tidak mencapai kefahaman mereka. Pada
langkah ketiga saya hanya menyediakan lembaran kerja, namun keempat murid
tersebut itu tidak memberikan respon secara aktif dan tidak melakukan
lembaran kerja tersebut. Hal ini berkemungkinan lembaran kerja yang disediakan
oleh saya terlalu mudah atau payah.
Pada sesi penutup, murid melibatkan diri
secara produktif dalam menjawab soalan yangt dikemukakan. Perkara ini dapat
diketahui oleh saya ialah ketika sesi soal jawab pada
bahagian penutup murid memberikan kerjasama yang baik. Murid menjawab segala
perkara yang telah disoal dan dikemukakan oleh saya.
Adakah saya
mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
Mengimbau kembali pengajaran yang pernah saya lakukan ialah saya
telah mengubah rancangan pengajaran saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana terdapat kekangan yang tidak dapat
dielakkan dan juga kerana saya tidak mengingati perancangan yang telah
dirancang oleh saya. Seorang guru perlu membuat perancangan bagi proses
pengajarannya. Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberikan kesan
yang positif kepada pembelajaran murid. Guru perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Semasa pengajaran
saya terhadap kelas 4 Ibnu Batutta, saya telah mengubah rancangan pengajaran
harian saya. Perkara ini dapat dilihat menerusi sesi penutup. Sewaktu sesi
penutup saya seharusnya merumuskan pengajaran dan pembelajaran hari tersebut
secara terperinci dan mendalam supaya murid dapat menguasai sepenuhnya
pembelajaran pada hari tersebut. Saya hanya menutupkan sesi pengajaran
tersebut dengan menyatakan kembali apa yang telah dinyatakan oleh murid. Saya
juga telah mengubah rancangan pengajaran saya dari segi masa kepada empat
orang murid yang tidak mampu menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
Apakah bantuan
tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?
Antara bantuan tambahan atau sumber-sumber lain yang dapat saya
merpertingkatkan pelajaran ini lagi ialah semasa mempelajari binaan plot saya
ingin membuat penambahbaikan dari segi teknik pengajaran, penggunaan
bahan-bahan dan aktiviti supaya dapat memberi kefahaman yang jelas kepada
murid. Antara teknik pengajaran yang ingin saya gunakan ialah saya ingin
menggunakan teknik mengingat. Seperti yang diketahui menggunakan teknik
pengajaran yang berkesan dan bervariasa akan menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi menarik.
Bagi bahan pula, saya ingin menggunakan bahan yang
boleh meransang minda murid untuk mempelajari binaan plot. Hal ini demikian
kerana pada langkah satu saya hanya menggunakan bahan yang terlalu mudah dan
ringkas menyebabkan murid tidak berminat untuk mempelajari binaan plot. Pada
langkah dua pula saya pernah menggunakan dialog dan peta buih berganda.
Penggunaan bahan ini terlalu sukar untuk murid menguasai teknik plot. Oleh
itu saya bercadang untuk menggunakan bahan yang mudah, ringkas dan senang
difahami oleh murid iaitu antaranya empat orang murid yang tidak dapat
mengusai binaan dan teknik plot.
Selain daripada teknik pengajaran dan juga bahan, saya
juga ingin melakukan aktiviti yang melibatkan murid secara produktif dan juga
aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pada
langkah pertama saya telah menggunakan aktiviti
“puzzle pintar” berdasarkan teknik Rami. Melalui aktiviti ini saya perhatikan
terdapat empat orang murid yang tidak produktif dan aktif dalam menjalankan
aktiviti tersebut. Oleh itu, saya bercadang untuk melaksanakan aktiviti yang
terlalu menarik supaya murid melibatkan diri secara produktif atau aktif idalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini akan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta memberikan kefahaman
yang jelas.
Jika saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan
murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran
Kesusasteraan Melayu iaitu binaan plot dan teknik plot sekali lagi untuk
kumpulan murid yang sama iaitu 4 Ibnu Batutta, saya akan menggunakan cara berbeza.
Hal ini demikian kerana, saya dapat meningkatkan pengetahuan dan juga
kefahaman murid. Malah murid juga akan mendapat pengalaman berlajar secara
berbeza-beza. Mendapat pengalaman yang berbeza ini kerana setiap murid
mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza.
Selain itu, saya juga dapat mengajar mereka dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Jika sebelum ini saya menggunakan
pendekatan global. Namun jika peluang untuk mengajar kumpulan pelajar yang
sama, saya akan menggunakan pendekatan analitik. Pendekatan analitik ini
tidak menskopkan kepada pendekatan itu sahaja dalam melaksanaka pendekatan
sebaliknya bebas. Melalui pendekatan ini murid dapat melibatkan diri secara
produktif atau aktif. Kemungkinan melalui ini juga akan menjadikan murid lebih
menguasai binaan dan teknik plot tersebut dengan lebih jelas dan tepat. Malah
saya juga akan menerapkan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Gaya pembelajaran yang akan digunakan ialah gaya pembelajaran
kinestetik kerana ia bersesuai dengan pendekatan analitik.
Apakah teori
pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas.
Mengimbau kembali proses pengajaran dan pembelajaran yang pernah
saya ajarkan ialah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung
saya telah mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah
teori kognitif. Teori kognitif ini
menekankan kepada proses mental dan segala maklumat yang diterima akan
diproses secara aktif untuk membentuk inoformasi baru. Perkara ini boleh
dilihat pada set induksi. Pada set induksi saya telah melakukan aktiviti soal
jawab iaitu menyoal murid mengenai peristiwa yang murid lihat pada video yang
ditayangkan oleh saya. Saya juga menyoal murid 4 Ibnu Batutta berdasarkan
pendapatnya mengenai wajar atau ketidakwajaran perkara yang dilakukan dalam
video tersebut. Penggunaan teori kognitif ini, saya telah mengutarakan soalan
daripada mudah kepada sukar mengikut aras taksnomi bloom yang telah
digariskan.
REFLEKSI MAKRO 3
Tarikh:
|
3 MEI 2018
|
||||||||||||
Kelas:
|
4 Ibnu Sina
|
||||||||||||
Matapelajaran:
|
Kesusasteraan Melayu
|
||||||||||||
Hasil Pembelajaran:
|
|
||||||||||||
ABM/bahan sumber yang digunakan:
|
Mengimbau kembali proses pengajaran dan
pembelajaran makro 3 yang pernah dijalankan oleh saya, saya telah menggunakan
beberapa alat bantu mengajar atau juga sumber-sumber lain semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Ibnu Batutta itu berlangsung. Saya
telah memulakan pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan alat bantu
mengajar kerana bagi mewujudkan kesedian belajar murid-murid dalam kelas
tersebut dan juga supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
berbanding sebelum ini.
Pada permulaan iaitu pada set
induksi saya telah menggunakan video yang telah dimuat turun daripada
aplikasi youtube. Video tersebut ialah berdurasi selama
tiga minit mengenai sebuah sketsa yang menggunakan pantun dua kerat secara
spontan. Tujuan saya menayangkan video ini adalah untuk mewujudukan kesediaan
belajar murid dan juga memberi gambaran untuk dikaitkan dengan pembelajaran
mengenai pantun iaitu untuk mengetahui tema dan juga persoalan pada hari
tersebut. Saya melihat, semua murid memberi tumpuan dan fokus serta
penghayatan yang tinggi semasa saya menayangkan video tersebut. Saya juga
menggunakan skrin layar, projektor, LCD dan juga jaringan internet untuk
menayangkan video tersebut. Sebagai contohnya:
Pada langkah satu pula, saya pernah menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan definisi
tema dan juga persoalan. Bagi menayangkan slaid powerpoint tersebut, saya menggunakan skrin layar, projektor dan
juga LCD supaya murid-murid dapat melihat dan memahami dengan apa yang
disampaikan oleh saya. Pada langkah satu juga saya menggunakan pantun Resam
Hidup Manusia yang di sediakan oleh saya. Murid telah diarahkan oleh saya dalam
kumpulan untuk berbincang bagi mengetahui maksud pantun dan perlu mencatat di
atas kertas pantun tersebut. Penggunaan bahan ini adalah untuk merangsang dan
juga menarik minat murid ketika mempelajari tema dan persoalan dalam pantun
tersebut. Saya melihat kesemua murid 4 Ibnu Sina seronok dengan penggunaan
bahan pengajaran seperti berikut. Sebagai contohnya:
Resam Hidupa Manusia (Pantun Dua Kerat)
Banyak udang
banyak garam,
Banyak orang
banyak ragam.
Lain dulang
lain kakinya,
Lain orang
lain hatinya.
Lain ulu lain
parang,
Lain dahulu
lain sekarang.
Ada ubi ada
batas,
Ada budi ada
balas.
Orang berbudi
kita berbahasa,
Orang memberi
kita merasa.
Tak tumbuh tak
melata,
Tak sungguh
orang tak kata.
Sebab pulut
santan binasa,
Sebab mulut
badan binasa.
Pagi petang
siang malam,
Hati terang
senang faham.
Pada langkah dua, iaitu aktiviti read, highlight and write, saya juga telah menggunakan kertas
pantun Resam Hidup Manusia. Murid perlu membaca, mewarna dan menulis
persoalan yang telah djumpainya ke dalam ayat yang lengkap selama 10 minit. Hasil
daripada pemerhatian saya, kesemua murid 4 Ibnu Sina memberikan tumpuan dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh saya. Sekiranya mereka tidak
memahami pantun tersebut, saya menggambil langkah untuk mendekati mereka dan
memberikan penerangan sekiranya mereka tidak memahami.
Bagi langkah tiga saya turut menyediakan lembaran
kerja sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran pada hari tersebut dan juga
untuk membuat penilaian bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran hari tersebut. Sebagai contohnya:
Lembaran kerja (Langkah 3)
NAMA :
TARIKH :
Arahan: Jelaskan definisi tema dan persoalan .
1)
Tema:
2)
Persoalan:
Lembaran kerja (Langkah 3)
NAMA :
TARIKH :
Arahan:
Berdasarkan rajah 1, berikan tiga
persoalan dan kaitkan persoalan tersebut untuk mengemukakan tema.
|
||||||||||||
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana
strategi telah dilaksanakan):
|
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran makro pengajaran tiga
yang pernah saya lakukan, Saya menggunakan pelbagai jenis strategi. Hal ini demikian
kerana terdapat pelbagai jenis murid dengan latar belakang yang berbeza-beza.
Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan menggunakan pelbagai strategi
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara strategi yang
telah digunakan oleh saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
berpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan juga berpusatkan
aktiviti.
Strategi berpusatkan guru ini lebih menekankan kepada
peranan guru sebagai faktor yang lebih penting dalam situasi pembelajaran.
Guru akan memainkan peranannya secara aktif dan perhatian murid tertumpu
kepadanya. Strategi ini pernah digunakan oleh saya pada set induksi, langkah
satu, langkah dua, dan juga penutup. Pada permulaannya iaitu set induksi, saya
bertindak sebagai guru telah memulakan pengajarannya dengan menayangkan video
untuk menarik minat dan tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran mengenai pantun iaitu dari segi tema dan persoalan. Murid
memberikan tumpuan dengan sebaiknya ketika menonton video yang telah
ditayangkan oleh saya. Bagi langkah satu strategi berpusatkan guru yang
digunakan oleh saya ialah sebelum melakukan segala tugasan, saya telah
memberi arahan kepada murid cara-cara untuk melakukan tugasan tersebut dan membuat
penerangan definisi tema dan juga . Seterusnya, bagi langkah kedua strategi
berpusatkan guru ini saya memberi arahan untuk melakukan aktiviti read, highlight and write,. Akhir
sekali, saya turut menggunakan strategi berpusatkan guru ini di dalam sesi
penutup. Dalam sesi penutup saya telah mengemukakan soalan untuk dijawab oleh
murid mengenai pembelajaran yan diperolehi pada hari tersebut.
Selain strategi berpusatkan guru, saya pernah
menggunakan strategi berpusatkan murid semasa proses pengajaran pembelajaran
pada makro pengajaran tiga. Strategi pengajaran yang berpusatkan murid ini
ialah menekankan dengan lebih memberi peranan dan penglibatan murid dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi berpusatkan murid yang
pernah digunakan oleh saya iaitu pada set induksi, langkah satu, langkah dua
dan juga penutup. Strategi ini dilihat pada set induksi apabila berlaku soal
jawab antara guru dan murid iaitu murid disoal oleh guru berkaitan dengan
video tersebut. Berdasarkan video yang telah ditayangkan, saya bersoal jawab
dengan murid mengenai apakah genre yang terdapat. Pada langkah satu, saya
telah menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Hal ini di
mana, murid perlu membentuk kumpulan dan mereka perlu bekerjasama dalam
melakukan tugasan yang diberikan oleh saya. Murid mengambil bahagian dan
bekerja secara aktif. Dalam melakukan tugasan ini saya hanya bertindak
sebagai fasilitator sahaja. Pada langkah dua juga saya menggunakan strategi
ini. Murid dikehendaki aktif dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan
oleh saya iaitu murid perlu peka dengan segala arahan yang ditetapkan oleh
saya. Akhir sekali pada sesi penutup iaitu murid juga perlu terlibat aktif
dalam sesi soal jawab tentang pembelajaran yang diperolehi pada hari
tersebut. Saya menggunakan strategi ini dalam proses pengaran dan
pembelajaran saya kerana ia akan berkesan. Hal ini telah dipekatakan bahawa
dalam dunia pendidikan sekarang dalam proses pengajaran dan pembelajaran
strategi berpusatkan murid ialah 100%.
Mengimbau kembali pengajaran yang pernah dilakukan oleh
saya dalam pengajaran makro tiga, saya menggunakan strategi berpusatkan
bahan. Seterusnya, saya juga telah menggunakan strategi pengajaran yang
berpusatkan aktiviti. Strategi berpusatkan bahan ini ialah menekankan lebih
banyak kepada peranan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dalam sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun bahan tersebut mestilah dapat
membantu tugas-tugas guru dalam kelas atau membantu murid melaksanakan pembelajaran kendiri yang
berkesan. Saya telah menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan kepada
bahan iaitu pada set induksi. Saya
menggunakan video sebagai permulaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manakala bagi langkah satu pula saya menggunakan bahan seperti slaid powerpoint dan kertas pantun Resam
Hidup Manusia.. Bagi langkah kedua, ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, saya telah menggunakan pantun Resam Hidup Manusia seperti
langkah pertama. Saya mendapati murid 4 Ibnu Sina lebih kepada pembelajaran
menggunakan bahan kerana menggunakan bahan mampu menarik perhatian mereka dan
merangsang minda mereka.
Akhir sekali, saya juga telah menggunakan strategi
pengajaran berpusatkan aktiviti. Bagi strategi pengajaran yang berpusatkan
aktiviti, guru perlu merancang aktiviti yang baik untuk dilaksanankan di
dalam bilik darjah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
saya telah melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan iaitu aktiviti round table dan juga aktiviti read, highlight and write. Dengan
kepelbagaian strategi dalam semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menarik minat dan meningkatkan penguasaan murid 4 Ibnu Sina dalam sesuatu
pembelajaran iaitu pembelajaran definisi dan persoalan.
|
||||||||||||
Adakah hasil
pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Kebiasaannya, objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
berdasarkan ABCD iaitu, audien,
behavior, condition, degree. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, saya melihat objektif pembelajaran saya tercapai. Hal ini dapat
diketahui oleh saya kerana, pada langkah satu saya mendapati kesemua murid
dapat memberikan maksud pantun tersebut bagi setiap rangkap. Sebelum
memulakan aktiviti tersebut, murid diberikan penerangan secara terperinci
oleh guru mengenai definisi tema dan persoalan bagi memberikan kefahaman yang
jelas kepada murid. Setelah penerangan itu dibuat, murid berada didalam
kumpulan untuk berbincang bagi menulis maksud setiap rangkap pantun secara
bergilit-gilir sehingga ke semua rangkap pantun mempunyai maksud. Hasil dari
penerangan yang diberikan oleh saya, murid 4 Ibnu Sina dapat memberikan
maksud bagi ke semua rangkap dalam pantun. Kerjasama yang tinggi dalam kumpulan melalui
“round table menjadikan objektif
satu tercapai yang dilihat oleh saya. Bagi objektif kedua juga tercapai
kerana murid dapat memberikan persoalan yang dijumpainya dan dapat memberikan
tema melalui aktiviti read, highlight
and write. Kesemua objektif pembelajaran yang telah dinyatakan tercapai.
|
||||||||||||
Adakah murid
saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu?
Kalau tidak – mengapa?
|
Pembelajaran produktif atau aktif ialah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian akademik murid. Perkara ini
dapat dilihat pada murid 4 Ibnu Sina. Mengimba kembali semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang pernah saya lakukan, murid telah melibatkan
diri secara produktif atau juga aktif. Perkara ini dapat diketahui oleh saya
kerana pada set induksi, saya telah melakukan soal jawab mengenai video yang
ditayangkan untuk merangsang pembelajaran pada hari tersebut. Semasa soal
jawab tersebut, murid memberikan kerjasama yang baik iaitu murid menjawab
soalan yang telah dikemukakan oleh saya. Saya menyoal murid berdasarkan video
yang telah ditayangkan.
Murid juga melibatkan diri secara produktif atau aktif
pada langkah satu iaitu melalui aktiviti round
table. Perkara ini dapat diketahui oleh saya iaitu semasa saya
mengarahkan murid untuk membentuk kumpulan, murid tersebut bergerak aktif
untuk berada dalam kumpulan bagi menjalankan aktiviti yang telah diarahkan
oleh saya. Setiap murid menunjukkan komitmen masing-masing walaupun berada
dalam kumpulan. Mereka produktif atau aktif juga kerana pelaksanaan aktiviti yang
menarik. Hal ini dikatakan menarik kerana saya menciptanya bagi menjelaskan
maksud pantun terlebih dahulu. Semua murid memberikan kerjasama yang baik
dalam menentukan maksud pantun tersebut.
Namun pada langkah kedua murid melibatkan diri secara
produktif atau aktif. Ini kerana aktiviti yang dijalankan oleh saya menarik.
Ia menarik kerana pada langkah dua saya menggunakan helaian pantun Resam
Hidup Manusia. Helaian pantun ini digunakan semasa aktiviti read, search and write. Murid melibatkan
diri secara produktif atau aktif juga kerana teknik pengajaran yang digunakan
oleh saya telalu menarik dan ringkas.. Murid juga turut melibatkan produktif
atau aktif pada langkah ketiga kerana pada langkah ketiga saya menyediakan
lembaran kerja dan mereka mampu untuk melaksanakan lembaran kerja tersebut
setelah memahami tema dan persoalan.
Pada sesi penutup murid melibatkan diri secara
produktif dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Perkara ini dapat diketahui
oleh saya ialah ketika sesi soal jawab pada bahagian penutup murid memberikan
kerjasama yang baik. Murid menjawab segala perkara yang telah disoal dan
dikemukakan oleh saya.
|
||||||||||||
Adakah saya
mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu terlebih dahulu membuat perancangan bagi proses pengajarannya.
Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberikan kesan yang positif
kepada pembelajaran murid. Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan
mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Semasa pengajaran saya
terhadap kelas 4 Ibnu Sina, saya telah mengubah rancangan pengajaran harian
saya. Hal ini demikian kerana saya tidak mengingati apa yang telah dirancang.
|
||||||||||||
Apakah bantuan
tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan
pelajaran ini lagi?
|
Antara bantuan tambahan atau sumber-sumber lain yang dapat saya merpertingkatkan
pelajaran ini lagi ialah semasa mempelajari definisi tema dan persoalan saya
ingin membuat penambahbaikan dari segi teknik pengajaran, penggunaan
bahan-bahan dan aktiviti supaya dapat memberi kefahaman yang jelas kepada
murid. Antara teknik pengajaran yang ingin saya gunakan ialah teknik tahu dan
ingat. Seperti yang diketahui menggunakan teknik pengajaran yang berkesan dan
bervariasi akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Bagi bahan pula, saya ingin menggunakan bahan yang
boleh meransang minda murid untuk mempelajari jenis plot. Hal ini demikian
kerana pada langkah satu saya telah menggunakan bahan untuk mengetahui maksud
sajak. Murid kelihatan aktif mempelajari maksud sajak dengan helaian pantun
Resam Hidup Manusia yang mudah. Penggunaan bahan yang menarik lebih menarik
perhatian dan tumpuan murid untuk mempelajari sesuatu benda antaranya maksud
pantun dan tema serta persoalan pantun tersebut..
Selain daripada teknik pengajaran dan juga bahan, saya
juga ingin melakukan aktiviti yang melibatkan murid secara produktif dan juga
aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pada
langkah pertama saya telah menggunakan aktiviti round table dan langkah dua saya menggunakan aktiviti read, search and write. Melalui
aktiviti ini saya melihat murid terlalu produktif dan aktif dalam menjalankan
tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti yang menjadikan murid melibatkan
diri secara produktif atau aktif ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan serta memberikan kefahaman yang jelas.
|
||||||||||||
Jika saya
mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan
murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
|
Sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran
Kesusasteraan Melayu iaitu jenis plot sekali lagi untuk kumpulan murid yang
sama iaitu 4 Ibnu Sina, saya akan menggunakan cara berbeza. Hal ini demikian
kerana, saya dapat meningkatkan pengetahuan dan juga kefahaman murid. Malah
murid juga akan mendapat pengalaman berlajar secara berbeza-beza. Mendapat
pengalaman yang berbeza ini kerana setiap murid mempunyai tahap kebolehan
yang berbeza-beza.
Selain itu, saya juga dapat mengajar mereka dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Jika sebelum ini saya menggunakan
pendekatan berfokus. Namun jika peluang untuk mengajar kumpulan pelajar yang
sama, saya akan menggunakan pendekatan struktural. Pendekatan structural ini
murid dapat melibatkan diri secara produktif atau aktif. Kemungkinan melalui
ini juga akan menjadikan murid lebih menguasai tema dan persoalan tersebut
dengan lebih jelas dan tepat. Malah saya juga akan menerapkan gaya
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran yang
akan digunakan ialah gaya pembelajaran intrapersornal dan juga interpersonal kerana
ia bersesuai dengan pendekatan strktural.
|
||||||||||||
Apakah teori
pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas.
|
Antara teori pengajaran dan pembelajaran yang telah saya praktikan
dalam kelas saya ialah teori kognitif. Teori kognitif ini menekankan kepada proses mental dan
segala maklumat yang diterima akan diproses secara aktif untuk membentuk
inoformasi baru. Perkara ini boleh dilihat pada set induksi. Pada set induksi
saya telah melakukan aktiviti soal jawab iaitu menyoal murid mengenai
peristiwa yang murid lihat pada video yang ditayangkan oleh saya. Saya juga
menyoal murid 4 Ibnu Sina berdasarkan pendapatnya mengenai wajar atau
ketidakwajaran perkara yang dilakukan dalam video tersebut. Penggunaan teori kognitif
ini, saya telah mengutarakan soalan daripada mudah kepada sukar mengikut aras
taksnomi bloom yang telah digariskan.
|
0 comments:
Post a Comment