Sunday, 7 October 2018

NILAI DAN PENGAJARAN DRAMA MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY

at October 07, 2018 0 comments
Petikan 1

Dinihari: Pukul 2.32 pagi

(Mat Piah berada di atas beca, menunggu rezeki terakhirnya. Dari pintu besar hotel berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai pelbagai jenis pakaian beragam. Ada yang berpakaian drakula, pengemis, Robocop, puntilanak, Frankentein, lanun, dan sebagainya. Mereka semua baru tamat menghadiri satu majlis makan malam yang bertemakan pakaian beragam. Ada antara peserta yang memakai pakaian beragam itu berbangsa Eropah. Mereka tertawa-tawa dan membuat bising seketika kerana separuh mabuk).

Petikan 2

Mr Blackway: Awak kenal Francis Light, bukan?

Mat Piah: Kenal. Kenal. Francis Light yang buka dan teroka Pulau Oinang ini pada tahun 1786. Apa macam sejarah saya? Saya sekolah sampai darjah enam saja. Boleh hafal tarikh pembukaan Pulau Pinang pun dah kira geliga. (Sengih)

Petikan  3
(Blackway menekup muka dan tersedu-sedu semula. Mat Piah termangu seketika memikirkan kata-kata Blackway. Dia keliru sama ada mahu percaya atau tidak. Mat Piah menggaru-garu kepala, menggaru-garu  lehernya dan menggaru-garu betisnya. Sambil menggaru, dia terus berfikir. Tiba-tiba Mat Piah naik angin)

Mat Piah: Taik kerbau! (Menjerit ke arah Blackway. Blackway ingat Mat Piah kata take a bow).

Blackway: Take a bow?

(Blackway cepat-cepat tunduk hormat kepada Mat Piah kerana bimbang dia akan dibelasah oleh Mat Piah)

Petikan 4:

Blackway: Correct.

Mat Piah: Mati-mati aku percaya dia yang buka Pulau Pinang ni. Dah beratus tahun rupa-rupanya bangsa aku kena tipu dengan fakta sejarah yang paslu ni! Dia ambil Pulau Pinang ni secara percuma saja daripada Sultan Kedah! Putar alam syah!.

Petikan 5:


Blackway: Sultan Abdullah pun ditipu oleh Light juga untuk mendapatkan Puloo Pinang yang dinamakan oleh Light dengan gelaran Prince of Wales. Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786, yang dibuat oleh Light tanpa pengetahuan kompeni untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dan Burma.

Petikan 6: 

Blackway: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas, penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yabg pernah kami lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semula hal yang pernah saya lakukan dengan Light dan amuk kami pun engkau nak kebas!

Petikan 7:

Blackway: Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis. (Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik. Dia membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Ford Cornwallis. Mat Piah hairan melihat aksi Blackway)

Thursday, 31 May 2018

PENILAIAN

at May 31, 2018 0 comments

PENILAIAN




Penilaian ini dibuat oleh: Nurul Shahira Binti Hassan


Penilaian kedua ini dibuat oleh: Nurul Nadhilah binti Zakaria

penilaian 2



REFLEKSI

at May 31, 2018 0 comments

KAJIAN TINDAKAN

at May 31, 2018 0 comments

KAJIAN TINDAKAN


Wednesday, 30 May 2018

MAKRO PENGAJARAN 3

at May 30, 2018 0 comments

VIDEO PENGAJARAN MAKRO 3



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Wednesday, 25 April 2018

MAKRO PENGAJARAN 2

at April 25, 2018 0 comments




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO 2






MAKRO PENGAJARAN 1

at April 25, 2018 0 comments



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO 1




Saturday, 10 March 2018

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS

at March 10, 2018 0 comments

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS

Papan tulis merupakan satu medium yang diguna pakai oleh guru atau guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Papan tulis yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Data-data yang dicatatkan dengan teratur dan rajah yang dilukis di tempat yang sesuai akan memudahkan murid-murid membaca serta menarik minat mereka. (Buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004). Papan tulis (seperti papan hitam/hijau yang menggunakan kapur dan papan putih yang menggunakan pen ‘marker’) digunakan secara meluas di dalam bilik-bilik darjah. Penggunaannya tidak terhad kepada aktiviti menulis dan melukis sahaja tetapi juga melibatkan peletakan dan penyusunan bahan bantu yang lain. Guru perlu merancang penggunaannya dengan teliti agar hasil yang terpampang di papan tulis tersusun dan jelas serta membantu pembelajaran murid. Penulisan di papan tulis perlu bermakna kepada semua murid. (Buku Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad pada tahun 2005). Penggunaan papan putih adalah penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang, konsep atau idea yang abstrak. Papan tulis digunakan untuk menekan dan mendemonstrasi fakta penting dalam dan juga untuk pelajar mencatat nota. (Buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009).

TUJUAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS

Tujuan menggunakan kemahiran papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru dapat menarik dan mengekalkan perhatian murid kepada perkara-perkara penting di setiap peringkat pengajaran. Selain itu, tujuan menggunakan kemahiran papan tulis juga ialah guru dapat menjelaskan satu-satu konsep secara teratur. Apabila pemahaman murid dapat dibina melalui konsep yang dijelaskan secara teratur, secara tidak langsung dapat membina keyakinan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan menggunakan kemahiran papan tulis juga membantu perhubungan guru dengan murid-murid yang baik dan kebiasaannya akan mewujudkan disiplin yang baik. Malahan ia juga bertujuan untuk menggalakkan pemikiran yang produktif di kalangan murid-murid. Tujuan penggunaan papan tulis ialah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam fakta, konsep dan idea yang disampaikan dan juga satu cara menumpukan perhatiaan pelajar. Menggunakan kemahiran papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah merupakan satu cara untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Disamping itu, membuatkan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan apa yang dipamerkan mungkin boleh membantu pelajar mengekalkan apa yang dipelajari dalam ingatan. Berikut merupakan sumber daripada buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004) dan buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009.

KELEBIHAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS

  • Dapat membantu guru menjelaskan satu-satu konsep dengan lebih jelas.
  • Membantu guru menarik perhatian murid.
  • Membantu murid-murid memahami konsep yang disampaikan secara berperingkat-peringkat di papan tulis.
  • Membenarkan penyertaan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid berpeluang menjadi aktif.
  • Walaupun papan tulis dianggap satu kaedah yang tradisional tetapi kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dinafikan.

(Buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004 dan buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009).

CONTOH  MIKRO PENGAJARAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS



Guru menulis hari, tajuk pengajaran, tarikh, bilangan murid yang hadir dan tidak hadir serta objektif pembelajaran di papan tulis dengan tulisan yang kemas. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pembelajaran yang lepas untuk dikaitkan dengan pembelajaran yang ingin diajar. 




Guru mencatat jawapan yang diberikan oleh murid tentang pembelajaran pada hari tersebut pada papan putih dengan kemas dan teratur. 


Guru juga telah menggunakan kertas sebak yang telah dilekatkan gambar berserta kandungan pembelajaran pada hari tersebut untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada murid

Murid telah diedarkan lembaran kerja oleh guru. Lembaran kerja disediakan bertujuan untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut.




PENGAJARAN MIKRO

at March 10, 2018 0 comments

KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya mengajar dalam situasi yang terkawal (Allen dan Eve, 1968). Cooper dan Allen (1971) pula mendefinisikan pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4-20 minit dengan 3-10 orang pelajar. Paintal (1980) pula menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan yang sangat diperlukan dengan 6-10 orang pelajar, mengambil masa 5-10 minit dan tumpuan kepada satu kemahiran yang dikembangkan dan dikhususkan. Justeru pengajaran mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Kini pengajran mikro dijalankan di institusi-institusi latihan guru sama ada di universiti atau maktab perguruan sebagai latihan dan persediaan menghadapi suasana pengajaran sebenar di sekolah. Sebagai bakal guru, guru pelatih perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran. Kemahiran mengajar menjadikan perkara yang penting bagi bakal guru. Semasa sesuatu sesi pengajaran mikro, biasaanya hanya satu jenis kemahiran yang menjadi focus dalam pengajaran mikro. Sebagai contonya kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran set induksi, kemahiran pengkuhan dan sebagainya. Semasa pengajaran mikro berlangsung akan diperhatikan dan dinilai oleh pensyarah dan rakan-rakan. Malah semasa pengajaran berlangsung juga rakaman akan dibuat. Selepas pengajaran selesai, pensyarah dan rakan-rakan akan memberikan komen berkenaan kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut. Sumber-sumber ini telah didapati di dalam buku Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad pada tahun 2005. Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran yang membolehkan pelajar terutama sekali guru pelatih menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi masa dan bilangan pelajar. Berikut merupakan sumber daripada buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009.






RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO







BORANG PENILAIAN MIKRO PENGAJARAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS



KPD 3026

at March 10, 2018 0 comments


PENGENALAN KURSUS KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLGI DAN PENAKSIRAN 2

Kursus ini adalah kursus KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 yang merupakan lanjutan kursus KPD3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1. Seterusnya, kursus  ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabung jalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Kursus ini  merupakan medium bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar bagaimana cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Malahan kursus ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. Pelajar juga akan didedahkan kepada prosedur dan kaedah Kajian Tindakan.




 

BLOG KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review