Saturday, 10 March 2018

PENGAJARAN MIKRO

at March 10, 2018

KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya mengajar dalam situasi yang terkawal (Allen dan Eve, 1968). Cooper dan Allen (1971) pula mendefinisikan pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4-20 minit dengan 3-10 orang pelajar. Paintal (1980) pula menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan yang sangat diperlukan dengan 6-10 orang pelajar, mengambil masa 5-10 minit dan tumpuan kepada satu kemahiran yang dikembangkan dan dikhususkan. Justeru pengajaran mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Kini pengajran mikro dijalankan di institusi-institusi latihan guru sama ada di universiti atau maktab perguruan sebagai latihan dan persediaan menghadapi suasana pengajaran sebenar di sekolah. Sebagai bakal guru, guru pelatih perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran. Kemahiran mengajar menjadikan perkara yang penting bagi bakal guru. Semasa sesuatu sesi pengajaran mikro, biasaanya hanya satu jenis kemahiran yang menjadi focus dalam pengajaran mikro. Sebagai contonya kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran set induksi, kemahiran pengkuhan dan sebagainya. Semasa pengajaran mikro berlangsung akan diperhatikan dan dinilai oleh pensyarah dan rakan-rakan. Malah semasa pengajaran berlangsung juga rakaman akan dibuat. Selepas pengajaran selesai, pensyarah dan rakan-rakan akan memberikan komen berkenaan kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut. Sumber-sumber ini telah didapati di dalam buku Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad pada tahun 2005. Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran yang membolehkan pelajar terutama sekali guru pelatih menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi masa dan bilangan pelajar. Berikut merupakan sumber daripada buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009.






RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO







BORANG PENILAIAN MIKRO PENGAJARAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS



0 comments:

Post a Comment

 

BLOG KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review