KEMAHIRAN
MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
Papan
tulis merupakan satu medium yang diguna pakai oleh guru atau guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Papan tulis yang digunakan dengan baik akan
menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Data-data yang dicatatkan dengan
teratur dan rajah yang dilukis di tempat yang sesuai akan memudahkan
murid-murid membaca serta menarik minat mereka. (Buku Pedagogi II, Edisi Kedua,
Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004). Papan tulis
(seperti papan hitam/hijau yang menggunakan kapur dan papan putih yang
menggunakan pen ‘marker’) digunakan secara meluas di dalam bilik-bilik darjah.
Penggunaannya tidak terhad kepada aktiviti menulis dan melukis sahaja tetapi
juga melibatkan peletakan dan penyusunan bahan bantu yang lain. Guru perlu
merancang penggunaannya dengan teliti agar hasil yang terpampang di papan tulis
tersusun dan jelas serta membantu pembelajaran murid. Penulisan di papan tulis
perlu bermakna kepada semua murid. (Buku Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar
Dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub
dan Mohd. Zohir Ahmad pada tahun 2005). Penggunaan papan putih adalah penting dalam
meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru
tentang, konsep atau idea yang abstrak. Papan tulis digunakan untuk menekan dan
mendemonstrasi fakta penting dalam dan juga untuk pelajar mencatat nota. (Buku
Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah
Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009).
TUJUAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
Tujuan menggunakan kemahiran papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru dapat menarik dan mengekalkan perhatian murid kepada perkara-perkara penting di setiap peringkat pengajaran. Selain itu, tujuan menggunakan kemahiran papan tulis juga ialah guru dapat menjelaskan satu-satu konsep secara teratur. Apabila pemahaman murid dapat dibina melalui konsep yang dijelaskan secara teratur, secara tidak langsung dapat membina keyakinan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan menggunakan kemahiran papan tulis juga membantu perhubungan guru dengan murid-murid yang baik dan kebiasaannya akan mewujudkan disiplin yang baik. Malahan ia juga bertujuan untuk menggalakkan pemikiran yang produktif di kalangan murid-murid. Tujuan penggunaan papan tulis ialah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam fakta, konsep dan idea yang disampaikan dan juga satu cara menumpukan perhatiaan pelajar. Menggunakan kemahiran papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah merupakan satu cara untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Disamping itu, membuatkan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan apa yang dipamerkan mungkin boleh membantu pelajar mengekalkan apa yang dipelajari dalam ingatan. Berikut merupakan sumber daripada buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004) dan buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009.
KELEBIHAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
- Dapat membantu guru menjelaskan satu-satu konsep dengan lebih jelas.
- Membantu guru menarik perhatian murid.
- Membantu murid-murid memahami konsep yang disampaikan secara berperingkat-peringkat di papan tulis.
- Membenarkan penyertaan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid berpeluang menjadi aktif.
- Walaupun papan tulis dianggap satu kaedah yang tradisional tetapi kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dinafikan.
(Buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004 dan buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009).
CONTOH MIKRO PENGAJARAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
Guru menulis hari, tajuk pengajaran, tarikh, bilangan murid yang hadir dan tidak hadir serta objektif pembelajaran di papan tulis dengan tulisan yang kemas. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pembelajaran yang lepas untuk dikaitkan dengan pembelajaran yang ingin diajar.
Guru mencatat jawapan yang diberikan oleh murid tentang pembelajaran pada hari tersebut pada papan putih dengan kemas dan teratur.
Guru juga telah menggunakan kertas sebak yang telah dilekatkan gambar berserta kandungan pembelajaran pada hari tersebut untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada murid
Murid telah diedarkan lembaran kerja oleh guru. Lembaran kerja disediakan bertujuan untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut.
0 comments:
Post a Comment