Sunday 7 October 2018

NILAI DAN PENGAJARAN DRAMA MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY

at October 07, 2018
Petikan 1

Dinihari: Pukul 2.32 pagi

(Mat Piah berada di atas beca, menunggu rezeki terakhirnya. Dari pintu besar hotel berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai pelbagai jenis pakaian beragam. Ada yang berpakaian drakula, pengemis, Robocop, puntilanak, Frankentein, lanun, dan sebagainya. Mereka semua baru tamat menghadiri satu majlis makan malam yang bertemakan pakaian beragam. Ada antara peserta yang memakai pakaian beragam itu berbangsa Eropah. Mereka tertawa-tawa dan membuat bising seketika kerana separuh mabuk).

Petikan 2

Mr Blackway: Awak kenal Francis Light, bukan?

Mat Piah: Kenal. Kenal. Francis Light yang buka dan teroka Pulau Oinang ini pada tahun 1786. Apa macam sejarah saya? Saya sekolah sampai darjah enam saja. Boleh hafal tarikh pembukaan Pulau Pinang pun dah kira geliga. (Sengih)

Petikan  3
(Blackway menekup muka dan tersedu-sedu semula. Mat Piah termangu seketika memikirkan kata-kata Blackway. Dia keliru sama ada mahu percaya atau tidak. Mat Piah menggaru-garu kepala, menggaru-garu  lehernya dan menggaru-garu betisnya. Sambil menggaru, dia terus berfikir. Tiba-tiba Mat Piah naik angin)

Mat Piah: Taik kerbau! (Menjerit ke arah Blackway. Blackway ingat Mat Piah kata take a bow).

Blackway: Take a bow?

(Blackway cepat-cepat tunduk hormat kepada Mat Piah kerana bimbang dia akan dibelasah oleh Mat Piah)

Petikan 4:

Blackway: Correct.

Mat Piah: Mati-mati aku percaya dia yang buka Pulau Pinang ni. Dah beratus tahun rupa-rupanya bangsa aku kena tipu dengan fakta sejarah yang paslu ni! Dia ambil Pulau Pinang ni secara percuma saja daripada Sultan Kedah! Putar alam syah!.

Petikan 5:


Blackway: Sultan Abdullah pun ditipu oleh Light juga untuk mendapatkan Puloo Pinang yang dinamakan oleh Light dengan gelaran Prince of Wales. Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786, yang dibuat oleh Light tanpa pengetahuan kompeni untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dan Burma.

Petikan 6: 

Blackway: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas, penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yabg pernah kami lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semula hal yang pernah saya lakukan dengan Light dan amuk kami pun engkau nak kebas!

Petikan 7:

Blackway: Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis. (Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik. Dia membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Ford Cornwallis. Mat Piah hairan melihat aksi Blackway)

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review