Saturday, 10 March 2018
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
Categories
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
PENGAJARAN MIKRO
KONSEP PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya mengajar dalam situasi yang terkawal (Allen dan Eve, 1968). Cooper dan Allen (1971) pula mendefinisikan pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4-20 minit dengan 3-10 orang pelajar. Paintal (1980) pula menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan yang sangat diperlukan dengan 6-10 orang pelajar, mengambil masa 5-10 minit dan tumpuan kepada satu kemahiran yang dikembangkan dan dikhususkan. Justeru pengajaran mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Kini pengajran mikro dijalankan di institusi-institusi latihan guru sama ada di universiti atau maktab perguruan sebagai latihan dan persediaan menghadapi suasana pengajaran sebenar di sekolah. Sebagai bakal guru, guru pelatih perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran. Kemahiran mengajar menjadikan perkara yang penting bagi bakal guru. Semasa sesuatu sesi pengajaran mikro, biasaanya hanya satu jenis kemahiran yang menjadi focus dalam pengajaran mikro. Sebagai contonya kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran set induksi, kemahiran pengkuhan dan sebagainya. Semasa pengajaran mikro berlangsung akan diperhatikan dan dinilai oleh pensyarah dan rakan-rakan. Malah semasa pengajaran berlangsung juga rakaman akan dibuat. Selepas pengajaran selesai, pensyarah dan rakan-rakan akan memberikan komen berkenaan kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut. Sumber-sumber ini telah didapati di dalam buku Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad pada tahun 2005. Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran yang membolehkan pelajar terutama sekali guru pelatih menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi masa dan bilangan pelajar. Berikut merupakan sumber daripada buku Amalan Pengajaran Berkesan yang telah ditulis oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar pada tahun 2009.
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO
BORANG PENILAIAN MIKRO PENGAJARAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS
Categories
PENGAJARAN MIKRO
KPD 3026
PENGENALAN
KURSUS KPD 3026 PENGAJARAN,TEKNOLGI DAN PENAKSIRAN 2
Kursus
ini adalah kursus KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 yang merupakan
lanjutan kursus KPD3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1. Seterusnya,
kursus ini adalah salah satu kursus
profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran
pengajaran yang merangkumi aspek dan gabung jalin pengetahuan isi kandungan,
kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat
refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Kursus ini merupakan medium bagi mahasiswa dan mahasiswi
untuk belajar bagaimana cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan
bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Malahan
kursus ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang
dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro
dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b)
memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan
teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat
dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. Pelajar
juga akan didedahkan kepada prosedur dan kaedah Kajian Tindakan.
Categories
KPD 3026
Subscribe to:
Posts (Atom)